#SAJAK: HUJAN RAHMAT


Hujan

Air lebat terjun jatuh dari langit

Air yang memberi seribu satu rahmat

Air dingin pembawa ketenangan


Pabila renyai,

kanak-kanak riang

umpama baru ketemu pelangi indah

yang mahu digapai untuk menyempurnakan hidup.


Pabila guruh,

ada segelintir yang menangis

tanda ketakutan

umpama hari ini pasti kiamat tiba.


Pelbagai rintihan sang dewasa,

Ia mengganggu perjalanan hidup kita,

Jangan disesali.

Percayalah ada yang lebih baik

kerana

sesungguhnya

Dia telah merancang yang terbaik

dari yang baik buat kita.


Saat ini pantas dimanfaatkan,

Jauhi kufur nikmat,

Hindari kufur hakikat.


Post a Comment Blogger Disqus

 
Top