"Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu & jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga." [Al-Israa’ 17: 7]


Sesungguhnya setiap kebaikan yang kita hulurkan akan mendatangkan kebaikan kepada kita juga.


Peribadi yang paling agung iaitu Rasulullah s.a.w adalah qudwah yang paling ideal. Baginda s.a.w telah memberikan segala-galanya untuk Islam. Berkorban apa sahaja yang dimiliki untuk Islam & umatnya. Sifat memberi merupakan pakaian Baginda s.a.w. Inilah sisi kehidupan yang wajar dicontohi daripada Rasulullah s.a.w.


Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak memberikan manfaat kepada orang lain. Memberi bukan kerana nama, pangkat & pujian semata, tetapi memberi kerana Allah. Mencontohi Allah yang bersifat al-Wahhab. ‘Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima’. Ketahuilah dengan kita ‘memberi’ sebenarnya kita juga ‘menerima’ sesuatu.


Janganlah kita menjadi seseorang yang dengan kehadiran kita disisi mereka, meresahkan & menyusahkan urusan orang lain. Memberi perlukan sesuatu, carilah sesuatu itu dalam hidup ini, & sebarkanlah ia kepada semua manusia yang kita temui.


Semoga bermanfaat

Wallahhu’alam.


~ abuhanifah | tumblr


Post a Comment Blogger Disqus

 
Top