Adakalanya Engkau Harus Menerima Tusukan
Untuk menjadi lebih baik, adakalanya engkau harus menerima tusukan. Adakalanya kata-kata tajam tanpa tapisan itu mesti. Adakalanya kritikan tanpa belas kasihan itu berkesan.
Meski sakit rasa tertusuk, tapi percayalah,hanya dengan cara itu, engkau akan sedar. Mungkin ada rasa marah, mungkin ada rasa sedih, tapi jika sudah terlalu kritikal, apa-apa yang menyentap itulah penyembuh.
Kadang-kadang engkau yakin, engkau yakin engkau begitu, tapi sebenarnya engkau begini. Janganlah kerana keyakinan yang salah, engkau menjadi makhluk perosak di bumi pinjaman.
Jika sekali-sekala rasa seperti ditoreh dan terluka, tahan sajalah. Siapa tahu, darah yang mengalir itu adalah darah kotor yang memudaratkan jika disimpan lama-lama. Siapa tahu, dengan cara ini, engkau akan menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelumnya.
#Renungan ~via anginbermonolog | tumblr
Post a Comment Blogger Disqus