Assalamualaikum, salam Maghrib buat semua…


Tabah dan sabarlah menempuhi kehidupan ini kerana kehidupan itu sendiri merupakan ujian buat kita. Seindah atau seburuk mana pun kehidupan dan dunia di mata kita, akhirat jualah tempat kembali. Jadi, anggaplah ujian sebagai jalan untuk kita menuju syurgaNya.


Dalam kita melangkah, terkadang diuji

dengan ujian yang terasa berat.

Hingga kita terduduk menangis,

Peritnya terasa tetapi ketahuilah,

dan renungilah dalam diri kerana;

Mungkin air mata itu hadir kerana DIA

mahu menjahit sejadah iman

Yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar.

Semoga tabah dan ditetapkan iman.

ALLAH Tuhan kita Maha Penyayang.

DIA sayangkan kau dan aku.

DIA tak pernah lupakan kita.

Hidup ini ibarat mimpi.


Kita hanya tersedar apabila nyawa sudah meninggalkan jasad.

Iman bukan setakat percaya pada rukun Iman.

Tetapi sebenarnya satu bentuk penyerahan diri.

Dan pernyataan bahawa kita benar-benar percaya pada setiap KetentuanNYA.

Jangan lupa, pada nafas sekalipun,tersembunyi rahsia dan janjiNYA.


Percayalah! Andai ujian ini sebagai salah satu sebab untuk menghapus dosa-dosaku, aku redha YA ALLAH kerana ku sedar diri ini hanyalah hamba yang lemah yang sentiasa alpa dan berdosa kepada-MU


Post a Comment Blogger Disqus

 
Top