Nasihat Seorang Teman
“Dalam aku mencari redha-Mu tuhan, jiwaku perlu kepada mutiara ihsan, kalbuku perlu pada permata iman, agar diriku sentiasa indah dengan nikmat ISLAM, tetapi bagaimana harus ku merasai semua itu tanpa bantuan seorang teman yang mampu menjadikan diriku menuju ke sisi-Mu Tuhan.”
Saat Allah mencintai seseorang, tempat pertama menerima sentuhan cinta itu ialah hati mereka. Di situlah Allah melenyapkan rasa putus asa dan kesedihan akibat dosa mereka, kemudian digantikan dengan harapan dan keinginan untuk berubah menjadi insan bersih. Hati kita seeloknya selalu berbisik: “Aku tahu bila Allah mencintaiku iaitu saat ku membenci segala kejahatanku..”
“Berpenat lelah la kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan, jangan berduka cita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup ini diciptakan.” – Imam Syafie
Hadapilah setiap ujian yang mendatang dengan tenang dan menganggapnya ujian itu jalan kita menuju syurgaNya. Dia tidak akan menguji hambanya seandainya Dia tahu kita tidak mampu tapi kita diberi ujian bersyukurlah dengan sebenarnya kerana itu dia menandakan amat menyayangi kita.
Walau peritnya ujian walau pahitnya derita walau sakitnya jiwa walau pedihnya hati ibarat dilukai dengan garam tapi ketahuilah, setiap ujian itu mengharapkan kemanisan iman yang tiada nilainya. Sukar ditafsirkan oleh hati, sukar digambarkan dengan mata. Fahamilah sakit itu sebenarnya penawar segalanya. Bersemangatlah..
Semoga Allah redha dan kasih dengan kita semua.. insyaAllah. Kita akan cuba untuk menjadi yang soleh dan solehah. Redhakanlah kami. Amin ya Rabb. Tabahkan hatiku..
Post a Comment Blogger Disqus