#REMAJA


Couple itu mudah.

Mencarut itu biasa.

Merokok itu hobi.

Dedah aurat itu suatu kemasyhuran.

Bermain dota itu keseronokan.

Merempit itu hebat.

Bergaduh itu lambang keremajaan.

Zina itu selamba terlanjur.

Artis itu idola abadi.

Solat itu remeh.

Membaca al-Quran itu membuang masa.

Belajar itu menyusahkan hidup.

Tidak patuh kata ibu bapa dan guru itu perkara biasa juga.

Tak hormat orang tua itu menjadikan dirinya hebat.


Dan mungkin jua perkara-perkara lagha, membawa kemudharatan dan menjauhkan diri kita dengan Allah.


Adrenalin seseorang itu memuncak apabila dia melonjak ke remaja. Mereka rasa mereka adalah generasi hebat, sudah besar boleh fikir sendiri. Tapi peredaran waktu tersebut adalah waktu kritikal yang diuji oleh Allah buat manusia yang pernah bergelar remaja suatu ketika dahulu dan mungkin kini.


Waktu itulah pelbagai mehnah dirasai, samada kita masih thabat dlm landasan yang benar atau sudah tergolek terjerumus ke arah jahiliyyah yang sebenar-benarnya. Hargailah waktu remajamu, manfaatkannya. Sedangkan berapa ramai remaja juga telah pergi meninggalkan dunya kerna dijemput terlebih dahulu oleh Ilahi. Kita juga pernah merasainya, cuma lain org lain dugaan, mungkin hamba Allah yang lain tidak pernah berbuat demikian, mungkin juga pernah wallahualam. Fikirkan wahai remaja, setiap tindakan kamu lakukan adakah Allah redha? Justeru, berubahlah selagi masih ada waktu wahai remaja. Allahu ya rabbi.


- inchetaketsuahjushi | tumblr


Post a Comment Blogger Disqus

 
Top