KATA-KATA BUMI KEPADA MANUSIA


Bahawa saban hari bumi sentiasa berkata-kata kepada manusia.


Berkata Anas bin Malik r.a. “Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia sepuluh perkara:


1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah!

Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.


2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah!

Engkau akan diazab di dalam perutku.


3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah!

Engkau akan menangis di dalam perutku.


4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah!

Engkau akan kecewa di dalam perutku.


5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah!

Engkau akan menyesal di dalam perutku.


6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah!

Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.kuh di atas belakangku, tetapi ingatlah!

Engkau akan dihina di dalam perutku.


8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah!

Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.


9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di

belakangku, tetapi ingatlah!

Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.


10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah!

Engkau akan keseorangan di dalam perutku.


Post a Comment Blogger Disqus

 
Top