Apabila Dunia Menjadi Matlamat


Apabila dunia menjadi matlamat,

Segala-galanya kelihatan gelap,

Jalan kebenaran dihijab oleh nikmat dunia yang hanya sementara,

Manusia menjadi lupa dan leka,

Kerana sibuk mengejar harta dunia,

Kerana sibuk merebut kuasa.


Sehingga mereka lalai dengan tanggungjawab mereka,

Tanggungjawab sebagai seorang hamba,

Sehingga berlakunya perbalahan antara keluarga,

Terputusnya talian saudara,

Bukan sahaja yang kaya,

Yang miskin juga turut serta.


Mereka semakin jauh, jauh daripada Sang Pencipta,

Mengabaikan suruhanNya, melakukan laranganNya,

Maruah agama dipijak-pijak, agama dijual-beli,

Tanpa sedikit pun rasa bersalah.


Dunia kini menjadi matlamat,

Bukan lagi akhirat yang di cari,

Ayat-ayat Allah dipermainkan,

Hukum Allah dipersendakan.


Begitulah..

Apabila dunia menjadi matlamat.


Ingatlah..

Dunia hanya jambatan ke akhirat.

Dunia tempat mengumpul bekal untuk dibawa ke sana.

Dunia ini sebagai tempat bercucuk tanam,

Hasilnya kita akan kecapi di negeri akhirat kelak.


Beramallah untuk dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya

Dan beramallah untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati pada esok hari.


___________________


Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin… Ya Rabbal ‘Alamin…


Post a Comment Blogger Disqus

 
Top