abuhanifah: Antara Hati dengan Doa . Seringkali kita memendam dalam hati. Ada banyak sekali. Kekaguman, kekecewaan, rasa suka, rasa benci yang tiada tara, dan lain sebagainya. Sehingga terkadang kita sulit mengaturnya. Sesekali hati kita merasa suka, tenang jika bersama. Namun, sesekali muncul rasa benci bahkan walaupun hanya melintas di fikiran kita. . Itulah hati. Berbolak - balik sifatnya, kadang tak menentu arahnya. Ketika suatu saat, hati ini teguh terasa. Tapi, ketika diberi godaan sedikit goyah seketika. . Maka, ingatlah bahwa hati ini ada yang menciptakan. Dia-lah Yang Maha Mengetahui dalam berbagai keadaan, termasuk dalam hati kita sekalian. Kerana Dia faham, bahwa kita tidak boleh menguasai apa yang ada di permukaan diri hingga di hati yang paling dalam. Sudah sepatutnya, kepada-Nya lah kita bersandarkan. Kepada-Nya lah kita kembalikan, segala apa yang kita pendam. . Kerana jika kita memendam sendiri, boleh jadi suatu saat rasa itu pergi. Kerana jika kita memendam sendiri, tak ada hal yang pasti. Namun, jika kita sampaikan dalam doa, Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Kerana kita sampaikan dalam bentuk doa, itu yang akan tercatat di langit selamanya. . Jangan simpan seseorang dalam hati, kerana hati itu berbolak-balik sifatnya. Simpanlah seseorang itu dalam doa, kerana doa itu tercatat di langit selamanya. . —Almarhum Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din . #abuhanifah #alhamdulillah #dakwahituseni #harinidahingatmati #muhasabah #muhasabahdiri #muhasabahbersama #my_genggua #ikutcarakita #igersmalaysia #igmalaysia #ig_my #gengsukatravel #thedaiegraphy #kebaikan #peringatan #peringatanbersama #kallafah #abbasyislamicdesign #cahayaislam #themalaya_ig #malaysia #hati #doa (at Mount Kerinci)

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top