abuhanifah: Sekiranya kita ditimpa musibah, kita hendaklah menyedari bahawa yang memberikan musibah itu ialah Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Pengasih. Sesungguhnya Allah tidak menimpakan musibah itu untuk memusnahkan diri kita dan bukan untuk menyeksa kita. Sebaliknya, ia semata-mata bertujuan menguji kesabaran dan keredaan, menguji kadar keimanan, mendengar permohonan ampun dan taubat selain melihat bagaimanakah caranya kita mengetuk pintu rahmatNya dengan hati yang khusyuk serta tangan menadah, memohon dipermudahkan laluan seterusnya. Renungilah kata-kata Abdul kadir al-Jailani r.h. kepada anaknya : “Wahai anakku, sesungguhnya musibah itu datang bukan untuk merosakkan dirimu tetapi untuk menguji kesabaran dan keimananmu. Wahai anakku, takdir ialah seperti binatang buas dan binatang buas tidaklah memakan bangkai.” Semoga Allah memelihara kita dalam mencari keredhaanNya. Wallahhu Ta'ala A'lam. #thedaiegraphy #dakwahmudah #abuhanifah #quote #hadith #picsart #vscocam #muhasabahdiri

Post a Comment Blogger Disqus

 
Top